Tuesday, 8 May 2012

plan your WORK,work your PLAN cara islam..





kepada engkau yang telah mendampingku
mendaki menuju puncak gunung kehidupan
kepada engkau yang menjagaku
dari panas teriknya sinar matahari
engkau yang telah memberiku air
Engkaulah pelepas dahaga
Engkau telah banyak menolongku
tak ada kata yang dapat kuucap 
kecuali hanya
...terima kasih Ya allah.



''jika  engkau tidak mampu berperanan sedikit pun dalam hidup 
maka engkau yang menjadi objek dari kehidupan ini,''
Mushtafa Shadiq ar-Rafi

''jika engkau tidak memiliki perancangan yang jelas, maka engkau
akan masuk ke dalam perancangan orang lain,''
Dr. Shalah Shalih ar-Rasyid

''Barang siapa hidup tanpa tujuan yang jelas, maka dia akan 
tergilis di tengah kehidupan ini. Kemudian mati, sedangkan dia belum
berbuat sesuatu."
Siti Norfizawani Seran

''people with goals succeed know where they are going,''
Feezza ITALIA

UBAHLAH IMPIANMU MENJADI KESENANGAN!
  • senang, Apakah erti dari perkataan ini?
  • Kesenangan atau kesukaan adlah usha untuk selalu melakukan yang diinginkan atau didambakan.


Mampukah kita mengubah impian menjadi kesenangan?

Masa untuk mengukir impian sudah berakhir sekarang, sedangkan masa yang beru telah dimulai. Oleh itu, jangan terbuai dengan impian-impianmu, mulakanlah bergerak sekarang juga! haa buat dok laguk tu ja...pi la.. =) hee..

IKUTI CERITA INI..!

Ada tiga orang sahabat yang membeli ayam goreng secara berkongsi duit kerana sudah hujung bulan, belum gaji. Mereka bersepakat beristirahat sebentar untuk tidur. Mereka bersepakat bahawa ayam goreng tersebut akan dimiliki oleh orang yang mengalami mimpi yang tidak masuk akal. Maka, tidurlah tiga orang sahabat itu. Setelah terbangun, mereka menceritakan mimpi-mimpi yang diaminya.

orang pertama bercerita, '' Aku tadi bermimpi terbang di atas hijaunya pertanian dan lembah-lembah yang indah saujan mata memandang.''
Orang kedua bercerita, ''kalau saya bermimpi berada di langit ketujuh. Saya boleh melihat seluruh alam raya dan semua yang elum pernah dilihat  oleh orang dari muka bumi.''
Adapun orang tiga berkata, '' Aku tidak bermimpi, kerana tadi perutku berkeroncong, maka saya makan ayam goreng tadi,'' 
kedua sahabatnya menyahut dengan nada yang marah,  ''kenapa kamu tidak memanggil kami untuk makan bersama, bukanlah kamu juga tahu kami juga lapar?''
Dia menjawab, '' Bagaimana mungkin suaraku dapat anda dengar? kamu sedang terbang di udara, sedangkan engkau pula berada di langit ketujuh,''katanya sambil tergelak. =D

Orang ketiga tersebut beruntung kerana dia tidak menunggu hingga mimpi datang menghampirinya, sedangkan di depan matanya jelas-jelas realiti kehidupan yang harus dilakukan. Oleh itu, mari kita  kecapi impian-impian itu yang telah diberikan dengan bentuk peluang untuk digapai dan dikecapi.