Sunday 23 September 2012

what i want..







I want a boyfriend
That care for me
Holds me when I’m sad,
Protects me, holds my hand,
Love me, and is there for me.
Babe, I will do the same thing for you coz I Love You.
                                      
                                               Princess Drizzly Rain






Rumah Kedua
No.76-2,
Jalan PJU 5/21,
The Strand Kota Damansara,
47810 Kota Damansara,
Petaling Jaya Selangor.

Awesome!!
KENANGAN MANIS YANG TAK KAN DI LUPEKAN
KEM PLKN DESARU KOTA TINGGI JOHOR 




semangat time nie, i`m as a Leader..
we are winner.!!

Time ni pertandingan KKJ, kitorng dpt nbo 1, we are champion!!
HAHAHA nangga lah sapa Kepala nya...

Ape korang buat dowh, nepok nepok nyamok kah..


Lepas pengumuman Johan =D
happy sangat

Lepas pertandingan Kawad Kaki
Naib Johan je..

Member aku paling sayang nie Aida (kanan) dah kawen anak 2 skarang,
Amal (kiri) dan Zila Kecik (tengah),
aku nyelit tepi tu, mentang2 aku pendek...
HUH!!

 
Nie plak nak msuk hutan, jungle treking,n buat apa2 yang patut lah kan,
banyak noh malas nak taip..
tapi mang syiokkk!!

  
ha nie paling best, time bbuke pose... 
tgok amoi kiti baju hijau tu, tu bukan islam, 
dy cina, saje nk rase suasane bbuke then ktorng bg la pinjam baju kurung n tudung,,,
NICE kan... =)

HA ni tunggu turn nak flying fox..kakaka
BEST BRO...

Nie time bbuka Pose, best buke reramai..
ha tengok amoi yang pakai baju hijau ni,
dia ni cina, saje nak rase suasana puasa,
so ktorg bagi la pinjam baju kurung n tudung,

ha same lah dengan dak yang kai baju kuning nie, 
cina jugak...


nie time nak gie riadah petang2 nie
nak gie main bola tampo kt pantai sebelah tu..

HEHE sempat snap kan... nie otwy pegi hutan la nie...

semoga kenangan2 nie tak kan dilupekan, ha jgn igt kitorg dah tak contct lagi, setiap tahun raye bsame taw...
even dah 3tahun tinggal kan kem, rindu tu masih ade..
kalau lah mase boleh diputarkan..
cewahh!!
k bubye.. =)

Saturday 22 September 2012

..Sepetang Bersama Kawan Kawan..



mencari kedamaian dihati

 berseronok di petang hari setelah bersedih,
kekasih bernikah dengan orang lain..



umah atuk aku dekat area sini, sape nak pegi nanti aku bawa..
dorang bosan2 ni aku bawa pegi sini,
kemain seronok...




 menari menara meniru 
Redzuan
 Jelan dan adek-adeknye...
Fira
Aku yang menunggu....


Dia Hanya Muncul Semalam..
3:45 Pagi
Rintone whatsapp aku berbunyi menandekan ade new messenger,
“saya mimpikan awk,saya rindukan awk sangat-sangat”
“maafkan saya”
Aku hanya berdiam diri..
Hati aku juga terasa ingin menanyakan khabar,namun aku biarkan..
Jangan bermain dengan perasaan,Dugaan syaitan,
Aku masih teringat peristiwa dulu aku dan dia,
Disebabkan itulah aku cube benci dia dan tidak mengindahkan walaupun dia merayu-rayu,

3;46 Petang
Facebook,whatsapp,Skype, segala saluran teknologi digunakan,
Kenapa lah hati aku nie lembut, aku masih layan dia dengan baik namun tegas,
Tiada kata berunsurkan harapan yg ku berikan,

10:48 Malam
Rindu yang terbuka dileraikan hanya semalam,
Sayang yang lama terpendam diluahkan hanya semalam,
Kasih yang disulam terhurai hanya semalam sahaja,
Cinta dihanya Allah yang tahu..

10:49 Pagi keesokannya
Aku dapat merasakan perasaan dia padaku hanya sehari ini sahaja,
Betul tekaan aku, hanya semalam saja dia saying dan rindu padaku,
Hari ini, semua yang diungkapkan hilang tanpa sedikit pun rasa bersalah,
Aku terdiam terpaku, namun hati aku kuat kerana aku sudah bersedia dengan apa yang akan terjadi pada diriku,
Aku bersyukur hanya semalam saja dia muncul..


Cerite Cinte Sambungan Tahun Lepas

Walaupun cinte berputik 1000 tahun pun, jika dia bukan jodoh kita, tak kan bersatu juga.. Jika kita adalahjodoh, seribu tahun terpisah dan sejauh Negeri China sekali pun pasti akan bersatu dan bersama juga. Jadi percayalah pada takdir dan jodoh, seharusnya berusaha itu paling penting.
Setelah 3 tahun bersama menempuhi susah dan senang, onak dan ranjau, bahagia sentiasa namun ada yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan hubungan yang mulia itu.
Tahun pertama
Mula perkenalan di Port Dickson Seremban,
Perkenalan yang diaturkan oleh pihak ketiga,
Tahun yang sepatutnya manis namun, sebaliknya berlaku…
Ada pihak ketiga yang menghancurkan,
Namun dengan kekuatan kasih syg, kami  bersama kembali..
Tahun kedua
Kasih syg makin kuat dan tiada ape masalah,
Perancangan utk ke puncak mahligai semakin berbunga,
Tahun ketiga
Tiada apa mampu diungkap apabila aku lebih mengenali dirinya yang jahil tentang agama,
Bagi aku untuk mengantikan ayah dan bonda semestilah seseorang yang beragama islam bukan setakat nama,
dan semestinya yang boleh menjage aku dengan penuh kasih dan syang sehingga akhir nyawa..
Kini, aku telah berfikir panjang,
Dia aku tinggalkan dengan penuh kasih sayang dan cintakan pada-Nya yang maha esa..
Perpisahan yang tak ku duga dan tak ku cari kini membuatkan aku lebih tabah dalam menempuhi hidup,
Dulu kita satu jiwa satu impian,
Susah dan senang kita bersama,
Namun itu semua hanyalah sementara,
Hanya lagu yang menjadi ingiatan dan kenangan…



Friday 21 September 2012

30 Hal Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita


         


   Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)